Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Isu FAM tamparan besar kepada imej negara – Abdul Karim
  • SUKAN

Isu FAM tamparan besar kepada imej negara – Abdul Karim

Utusan Sarawak 2 days ago
MENTERI Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui media usai  Kejohanan Golf VIP Sukan Borneo Kuching (BGK) 2025 di Kelab Golf Sarawak, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan kontroversi membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan beberapa atlet negara yang kini dalam siasatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebagai satu tamparan besar kepada imej Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas tamat Kejohanan Golf VIP Sukan Borneo Kuching (BGK) 2025 di Kelab Golf Sarawak, hari ini.

“Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku di tahap setinggi itu? Ia amat menyedihkan, terutama bagi Malaysia.

“Bola sepak sukan yang sangat popular, tetapi diuruskan oleh pegawai tinggi yang tergamak melakukan perkara tidak baik. Kita malu,” katanya.

Untuk rekod, Jawatankuasa Disiplin FIFA sebelum ini mengenakan tindakan terhadap FAM susulan dakwaan pemalsuan dokumen beberapa pemain naturalisasi.

FIFA turut mengenakan denda dan penggantungan terhadap pemain-pemain terbabit, manakala FAM diberi tempoh 10 hari untuk mengemukakan rayuan.

Sehubungan itu, Abdul Karim menyifatkan keputusan FIFA menggantung FAM serta sekurang-kurangnya 10 atlet daripada sebarang aktiviti bola sepak sebagai sesuatu yang mengejutkan dan memalukan negara.

Beliau menegaskan, perbuatan penipuan bukan sahaja menjejaskan reputasi sukan tersebut, malah memberi kesan jangka panjang terhadap pembangunan bola sepak tanah air.

Dalam perkembangan lain, Abdul Karim turut memaklumkan bahawa Sarawak dipilih sebagai tuan rumah bagi 16 daripada 36 acara yang bakal dipertandingkan pada temasya Sukan SEA 2027.

Antara sukan terlibat termasuk golf, boling tenpin, memanah, taekwondo, renang, skuasy, tenis, wushu dan petanque

Menurut beliau, kerja-kerja persiapan sedang giat dijalankan, termasuk menaik taraf beberapa kemudahan sedia ada seperti Stadium Negeri dan Kelab Golf Sarawak (KGS).

“Ini peluang besar untuk peminat sukan tempatan melihat aksi bertaraf dunia di Kuching. Selain itu, penganjuran ini akan memberi manfaat kepada industri pelancongan, hotel serta masyarakat yang terlibat secara langsung,” katanya.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Jackie Wong pecah rekod lontar tukul, Sarawak cemerlang Sukan Borneo 2025
Next: Sukan Borneo 2025: Sarawak tamatkan aksi boling padang dengan tiga perak satu gangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.