Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Isu Eagle High- Felda dibawa ke Prosiding Timbang Tara
  • BISNES

Isu Eagle High- Felda dibawa ke Prosiding Timbang Tara

Utusan Sarawak 5 years ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

KUALA LUMPUR: Isu berkaitan PT Eagle High Plantations TPK (Eagle High) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah dibawa ke Prosiding Timbang Tara di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sehubungan itu, katanya beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara itu, sebagai menghormati prosiding kes berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan daripada Tony Pua (DAP-Damansara) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau ingin tahu syarat utama pembelian saham Eagle High oleh FELDA yang bernilai AS$505 juta dan tindakan Felda untuk menuntut kembali pelaburan berkenaan melalui ‘put option’ yang dimaktubkan dalam perjanjian yang telah dimeterai.

Pada April tahun lalu, Felda telah mengemukakan notis untuk menjual balik 37 peratus pegangan dalam Eagle High kepada PT Rajawali Capital International.

Bagaimanapun, katanya, PT Rajawali Capital International mencabar penjualan balik itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: FTA meningkat 2.9 peratus kepada RM95.83 bilion
Next: Ta Ann yakin prestasi 2020 lebih baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.