Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Isu buruh paksa jejas imej negara, perlu ditangani secara menyeluruh
  • SEMASA

Isu buruh paksa jejas imej negara, perlu ditangani secara menyeluruh

Utusan Sarawak 21 hours ago
LAWAT TAPAK…Dato Majang Renggi melawat tapak pameran sambil diberi penerangan oleh Pengarah Tenaga Kerja Sarawak, Awang Raduan Awang Omar mengenai perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengunjung. 

BINTULU: Amalan buruh paksa bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah menjejaskan maruah organisasi serta imej negara di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi berkata, isu buruh paksa dan pemerdagangan manusia perlu ditangani secara tuntas termasuk di kawasan luar bandar yang kurang mendapat pendedahan kepada perundangan buruh.

“Ingatlah, pengambilan buruh paksa bukan sahaja melanggar undang-undang negara tetapi juga menjejaskan maruah serta menimbulkan risiko akibat daripada pelanggaran undang-undang perburuhan oleh mana-mana organisasi atau individu yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Hari Bertemu Pelanggan dan Kempen Banteras Amalan Penggajian Buruh Paksa anjuran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

Katanya, kerajaan Sarawak komited memastikan semua lapisan masyarakat termasuk komuniti pedalaman diberi kefahaman mengenai hak pekerja dan kepatuhan undang-undang perburuhan.

“Kita perlu terus berusaha ke arah pembasmian amalan buruh paksa dan jenayah pemerdagangan orang secara tuntas sehinggalah menusuk masuk ke kawasan pedalaman yang mungkin kurang mendapat pendedahan dan jauh daripada penguatkuasaan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar pendidikan dan kesedaran perburuhan diperluas ke institusi pengajian supaya generasi muda lebih bersedia dan cakna terhadap hak serta tanggungjawab sebagai tenaga kerja masa hadapan.

“Inisiatif ini dapat diperluaskan melibatkan pelajar lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk mendapatkan pendedahan awal isu dan perundangan perburuhan. 

“Ini merupakan langkah strategik bagi membina generasi yang berpengetahuan dan peka terhadap hak-hak pekerja dan pelanggan,” ujarnya.

Program yang berlangsung hari ini menghimpunkan lebih 300 peserta terdiri daripada majikan dan pekerja pelbagai sektor serta melibatkan penyertaan pelbagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang membuka kaunter perkhidmatan kepada orang ramai.

Ia juga merupakan sebahagian daripada Program Tenaga Kerja ke Kawasan Luar Bandar 6.0 (LGRAP 6.0) yang memberi fokus kepada kawasan luar bandar dalam usaha memperkasa pemahaman perburuhan dan membanteras amalan buruh paksa secara menyeluruh.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Terap AI dalam sistem pendidikan Sarawak – Abang Johari
Next: Langkah GLC, GLIC laksana gaji sara hidup, langkah penting ke arah reformasi gaji negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.