Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Isu buli meningkat, Sarawak tubuh jawatankuasa khas peringkat negeri
  • TEMPATAN

Isu buli meningkat, Sarawak tubuh jawatankuasa khas peringkat negeri

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah, bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Isu Buli di Sarawak (JPIBS) Bil. 1/2026, di Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya hari ini. Foto Adele Rissa

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Buli di Sarawak (JPIBS) susulan peningkatan kes buli, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah, yang memerlukan pendekatan lebih tersusun dan menyelaras di peringkat negeri.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, statistik terkini menunjukkan peningkatan ketara kes buli dilaporkan pada 2025, sekali gus mendorong penubuhan jawatankuasa khas bagi menangani isu tersebut secara lebih menyeluruh.

“Penubuhan jawatankuasa ini merupakan langkah awal ke arah penyelarasan fokus dan perancangan program yang lebih berkesan bagi memastikan persekitaran sekolah, tempat kerja dan institusi pengajian tinggi di Sarawak kekal selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Isu Buli di Sarawak (JPIBS) Bil. 1/2026, di Bangunan Baitulmakmur II, di sini hari ini.

“Pada 2025, sebanyak 49 kes telah dilaporkan dan kertas siasatan dibuka. Daripada jumlah tersebut, 25 kes telah dituduh di mahkamah, manakala selebihnya diselesaikan di luar mahkamah atau diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut,” tambahnya, mendedahkan statistik kes buli pelajar sekolah dilaporkan yang dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 DATO Sri Fatimah Abdullah (tengah), bersama wakil-wakil agensi selepas Mesyuarat JPIBS Bil. 1/2026 di Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya hari ini. Foto Adele Rissa

Fatimah menjelaskan, meskipun kes buli turut berlaku di tempat kerja dan institusi pengajian tinggi, kekangan data lengkap menyukarkan tindakan berskala besar dilaksanakan, justeru fokus awal diberikan kepada persekitaran sekolah.

“Pelajar perlu yakin bahawa setiap laporan akan diambil serius dan disiasat dengan adil. Jika keyakinan ini tidak wujud, mereka mungkin memilih untuk berdiam diri,” katanya sambil menegaskan kepentingan pembimbing rakan sebaya sebagai saluran sokongan awal kepada pelajar.

Sehubungan itu, satu agensi peneraju akan diwujudkan di bawah jawatankuasa berkenaan bagi memberi tumpuan khusus kepada isu buli di sekolah swasta, selain melibatkan persekitaran tempat kerja.

Mengulas definisi buli, beliau berkata perbuatan tersebut merangkumi tindakan menyakiti, mengganggu atau menindas seseorang secara sengaja dan berulang kali, sama ada secara fizikal, lisan, sosial atau dalam talian, lazimnya melibatkan ketidakseimbangan kuasa antara pelaku dan mangsa.

Menurut beliau, dalam usaha menangani isu buli khususnya dalam kalangan pelajar sekolah, bantuan tidak hanya perlu diberikan kepada mangsa, malah sistem sokongan yang menyeluruh juga perlu diwujudkan.

“Kita mahu memastikan persekitaran sekolah, tempat kerja dan institusi pengajian tinggi adalah selamat supaya individu dapat belajar dan bekerja dalam keadaan tenang tanpa tekanan atau kebimbangan,” katanya.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Delegasi kerajaan Perak diberi taklimat Projek KUTS Sarawak Metro
Next: Kerjasama perkhidmatan awam Sabah, Sarawak diperkukuh melalui MTPMA63

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.