Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Isu Batu Puteh: ‘Jika saya salah, heret ke mahkamah. Saya tak mahu imuniti’ – Tun M
  • NASIONAL

Isu Batu Puteh: ‘Jika saya salah, heret ke mahkamah. Saya tak mahu imuniti’ – Tun M

Utusan Sarawak 2 days ago
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa dirinya tidak mahu diberikan sebarang imuniti, malah bersedia berdepan tindakan undang-undang berhubung peranannya dalam isu Batu Puteh.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa dirinya tidak mahu diberikan sebarang imuniti, malah bersedia berdepan tindakan undang-undang berhubung peranannya dalam isu Batu Puteh.

Dr Mahathir menganggap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang tiada pendakwaan ke atasnya walaupun beliau bersalah kerana umurnya berusia 100 tahun menunjukkan seolah-olah imuniti telah diberikan.

“Saya tidak mahu imuniti. Jika tuduh saya bersalah, hadapkan saya di mahkamah dan buktikan saya bersalah. Saya tahu saya tak bersalah dan saya mahu buktikan.

“Imuniti untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah,” katanya di Facebook.

Di Dewan Rakyat semalam, Anwar antara lain berkata:

“Kita ambil keputusan kerana bekas perdana menteri yang umurnya 100 tahun. Apakah dia tak salah…dia salah. Apakah perlu ambil tindakan…saya dan Jemaah Menteri bersetuju jangan ambil tindakan.”

Batu Puteh, terletak kira-kira 14km di selatan Johor dan 44km di timur Singapura, terdiri daripada batuan granit. Batuan Tengah dan Tubir Selatan masing-masing terletak 1.1km dan 4km dari Batu Puteh.

Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Batu Puteh milik Singapura, manakala Batuan Tengah diberikan kepada Malaysia.

Pemilikan Tubir Selatan pula ditentukan berdasarkan persempadanan perairan wilayah.

Pada 2017, Putrajaya telah memohon kepada ICJ menyemak semula keputusannya berhubung Batu Puteh dan turut memohon tafsiran terhadap beberapa kekaburan serta implikasi daripada keputusan tersebut, khususnya berkaitan status Tubir Selatan.

Namun, selepas kemenangan dalam PRU14 pada Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan dipimpin Dr Mahathir menarik balik kedua-dua permohonan tersebut sebelum ia didengar pada bulan berikutnya.

Siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tahun lalu mendapati Dr Mahathir berkemungkinan bertindak secara sengaja mempengaruhi Jemaah Menteri memberhentikan permohonan semakan berhubung kedaulatan Batu Puteh pada 2018, walaupun ada pandangan perunding antarabangsa menyatakan permohonan itu mempunyai kemungkinan munasabah untuk berjaya.

RCI mengesyorkan laporan polis dibuat terhadap Dr Mahathir, dengan menyatakan siasatan jenayah boleh dimulakan mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: PETRA laksana 17 projek atasi banjir dan hakisan pantai di Sarawak
Next: Sistem PADU integrasi data kemas kini 30.4 juta profil setakat Jun 2025 – Kementerian Ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.