Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara dijalankan, penuh tradisi ketenteraan
  • SEMASA

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara dijalankan, penuh tradisi ketenteraan

Utusan Sarawak 5 hours ago
SERAMAI empat pegawai dan 79 anggota Pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) berkawad pada Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara Siri 1/25 yang berlangsung di pekarangan Pintu I, Istana Negara hari ini. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara Siri 1/25 berlangsung dengan penuh tradisi ketenteraan hari ini, melibatkan empat pegawai dan 79 anggota Pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).

Istiadat yang bermula pada 9.00 pagi tadi turut disertai dua pegawai dan 22 kuda daripada 21 Skuadron Istiadat Berkuda (SIB) di bawah naungan Markas 12 Briged.

Istiadat dimulakan dengan perbarisan keluar anggota pengawal lama dari dalam pekarangan istana yang mengambil kedudukan di hadapan pintu utama dan kemudian disertai anggota pengawal baharu yang mengambil kedudukan berhadapan mereka.

SERAMAI empat pegawai dan 79 anggota Pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) berkawad pada Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara Siri 1/25 yang berlangsung di pekarangan Pintu I, Istana Negara hari ini. FOTO BERNAMA

Ia kemudian disusuli upacara penyerahan panji-panji sebagai simbolik pertukaran pasukan Pengawal Istana lama dan Pengawal Istana baharu, dengan disaksikan Pegawai Memerintah 1 RAMD Kolonel Mohd Fuad Md Ghazali dan Pegawai Memerintah SIB Leftenan Kolonel Shahrul Azudin Maulod.

Mohd Fuad ketika ditemui pemberita berkata istiadat itu bukan sahaja melibatkan pertukaran kawalan fizikal, malah membawa nilai simbolik yang besar dalam kesinambungan sejarah ketenteraan Malaysia.

Beliau berkata ia mencerminkan jati diri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pasukan yang bukan sahaja bersiap siaga di medan, malah juga berperanan menjaga maruah dan tradisi negara.

“Selain menjadi lambang kehormatan kepada Institusi Diraja, Istiadat Pertukaran Pengawal ini juga menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Keunikan istiadat yang menggabungkan elemen ketenteraan, budaya, serta warisan Melayu menjadikan acara ini sebagai salah satu identiti kebanggaan negara. Ia turut memberi peluang kepada masyarakat untuk menyaksikan sendiri keindahan tradisi ketenteraan yang jarang dipertontonkan secara umum,” katanya.

Mohd Fuad berkata ATM komited dalam mengekal dan memartabatkan istiadat berkenaan sebagai warisan kebangsaan. — Bernama

Continue Reading

Previous: MCMC periksa premis, sita telefon dan kad sim
Next: Sri Aman berpotensi jadi pengeluar utama telur ayam di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.