Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Isteri Premier Sarawak Puan Sri Juma’ani meninggal dunia
  • SEMASA

Isteri Premier Sarawak Puan Sri Juma’ani meninggal dunia

Utusan Sarawak 9 hours ago

Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang 

KUCHING: Isteri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini.

Berita mengenai kematian Juma’ani disampaikan menerusi hantaran WhatsApp oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal-Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komuniasi Awam Sarawak – UKAS) Datuk Abdullah Saidol.

Abdullah berkata penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek Negeri pada 10 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya di sini.

Juma’ani merupakan anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak kedua Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki Abang Abdillah Izzarim, 45, dan anak perempuan Dayang Norjihan, 43.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Jadikan kepelbagaian kaum sebagai kekuatan negara – Anwar
Next: PM Anwar ucap takziah kepada Premier Sarawak atas pemergian isteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.