Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Isteri Guan Eng ditahan SPRM
  • NASIONAL

Isteri Guan Eng ditahan SPRM

Utusan Sarawak 5 years ago
ISTERI bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Betty Chew dilihat memasuki Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kaitannya dengan sebuah syarikat swasta pagi semalam.

GEORGE TOWN:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan   isteri bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Betty Chew bagi membantu siasatan berhubung kaitannya dengan sebuah syarikat swasta. 

Ketika mengesahkan penahanan itu, peguam Lee Khai yang mewakili Chew, berkata SPRM sedang menyiasat satu   laporan berhubung sebuah syarikat swasta, Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd, yang didakwa mempunyai kaitan dengan Chew.

“Saya bertindak sebagai peguam Chew dan menemani beliau untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan pada hari ini,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Chew yang ditemani peguam dan adik iparnya Lim Hui Ying tiba di pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah  di sini pada 10.45 pagi untuk  memberi keterangan berhubung perkara itu.

Berdasarkan pemantauan petugas media yang “berkampung” di perkarangan bangunan SPRM Pulau Pinang, Chew masih berada di dalam pejabat suruhanjaya itu setakat 4.00 petang tadi.

Mengulas lanjut, Lee berkata wang jaminan sebanyak RM50,000 telah disediakan bagi mengikat jamin Chew. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas jurutera terima suapan mengaku tidak bersalah
Next: Buku bantu masyarakat fahami kawalan kendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.