Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Isteri bekas PTD Salwani didakwa terima RM77,000 hasil aktiviti haram
  • MAHKAMAH

Isteri bekas PTD Salwani didakwa terima RM77,000 hasil aktiviti haram

Utusan Sarawak 3 hours ago
ISTERI kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Salwani Anuar @ Kamaruddin berkerusi roda tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes pengubahan wang haram. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Isteri kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Salwani Anuar @ Kamaruddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM77,000, dua tahun lepas.

Salwani, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas keempat-empat pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

“Faham (pertuduhan), saya mengaku tidak bersalah,” katanya selepas pertuduhan dibacakan satu persatu.

Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, wanita itu didakwa, sebagai pengawal Syarikat Wany Venture, telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram iaitu masing-masing berjumlah RM50,000, RM7,000, RM10,000 dan RM10,000 yang dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank milik syarikat tersebut di sebuah bank cawangan Damansara Heights, Wisma UOA II di sini, antara 24 November 2024 hingga 25 November 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dan dibaca bersama dengan Subseksyen 87(1)(a) akta sama, serta boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta serupa.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shahruddin Wan Ladin menawarkan jaminan antara RM30,000 hingga RM50,000 dengan dua penjamin, berserta syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah, melaporkan diri sebulan sekali pada minggu pertama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan.

“Jaminan yang ditawarkan tidak bersifat menekan kerana ia melibatkan kesalahan serius dan jaminan ini mencerminkan kesalahan tersebut. Pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah kerana terdapat kebarangkalian tertuduh melarikan diri memandangkan beliau menghadapi pertuduhan serius,” katanya.

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili Salwani memohon supaya jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap kerana hanya seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan secara dalam talian serta menanggung ibu bapanya di Besut, Terengganu.

“Suaminya, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, telah dituduh di Mahkamah Sesyen pada hari ini dan dikenakan jaminan RM250,000. Anak guam saya masih bergantung sepenuhnya kepada suaminya dan tinggal bersendirian di rumah sewa yang dibayar suaminya.

“Selain itu, anak guam saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak SPRM sepanjang siasatan dan semasa tempoh reman enam hari. Oleh itu, pihak pembelaan memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM20,000, mengambil kira jumlah keseluruhan yang terlibat ialah RM77,000, selain tidak membantah syarat tambahan yang ditetapkan pihak pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata kebimbangan masyarakat adalah munasabah dan Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh untuk memberi penerangan dan memastikan pelaksanaan dasar itu dilakukan dalam keadaan terbaik.

Mengulas dakwaan dasar itu sepatutnya dilaksanakan secara rintis, Fadhlina menegaskan pendekatan tersebut bukan projek percubaan, sebaliknya dasar nasional yang dilaksanakan secara berfasa, terkawal dan sukarela dengan mekanisme saringan diagnostik yang ketat.

Beliau berkata hanya kanak-kanak yang benar-benar bersedia akan ditawarkan kemasukan awal selain disertai dengan sokongan emosi dan psikososial bagi membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran pembelajaran formal.

Menjawab soalan asal Roslan mengenai rasional dasar itu, Fadhlina berkata penawaran kemasukan awal murid tahun satu sebahagian daripada perancangan RMK13, selaras dengan amalan antarabangsa yang memulakan pendidikan rendah pada usia enam tahun.

“Namun, penegasan penting di sini ialah kemasukan pada usia tujuh tahun kekal sebagai laluan persekolahan dan tiada sebarang paksaan kepada ibu bapa atau murid,” katanya.

Beliau berkata struktur pendidikan negara juga tidak berubah kerana semua murid tetap melalui enam tahun pendidikan rendah dan lima tahun pendidikan menengah, tanpa penambahan tempoh persekolahan atau kesan negatif kepada laluan pendidikan keseluruhan.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) berhubung kesiapsiagaan sekolah, guru dan prasarana, khususnya di kawasan bandar, Fadhlina berkata setiap dasar mesti disokong dengan persiapan menyeluruh.

Beliau berkata KPM telah melaksanakan pemetaan awal bagi mengenal pasti negeri dan sekolah yang dijangka menerima permintaan tinggi, selain mengambil langkah proaktif termasuk pengambilan guru lantikan secara kontrak atau Contract of Service (CoS) dan perancangan pembinaan kelas tambahan.

“Bahagian pembangunan kita juga bersedia untuk melaksanakan semua projek yang terkait rapat dengan pembinaan kelas tambahan ini,” katanya.

Sehubungan itu, Fadhlina mengalu-alukan Ahli Parlimen untuk menyalurkan sebarang persoalan rakyat di kawasan mereka bagi memastikan kebimbangan masyarakat dapat ditangani dan pelaksanaan dasar berlangsung dengan baik. – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Bekas PTD Hafizuddeain Jantan didakwa terima lebih RM2.12 juta hasil aktiviti haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.