Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Isteri, anak pemandu Alza stabil, dirawat di Hospital Baling
  • KEMALANGAN

Isteri, anak pemandu Alza stabil, dirawat di Hospital Baling

Utusan Sarawak 2 days ago
Kenderaan perodua Alza yang terlibat dalam tragedi nahas bas membawa pelajar Uniiversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi. Foto Bernama

BALING: Isteri kepada pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza serta anak perempuan mereka berusia enam tahun yang terlibat dalam tragedi nahas bas membawa pelajar Uniiversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi, dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Baling, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mansor Zakaria berkata Nurul Ain Zakaria, 36, serta Nur Aisyah Nafishah Mohd Lutfi, 6, mereka kini dalam keadaan stabil dan akan dirujuk ke bahagian ortopedik untuk rawatan susulan.

Bagaimanapun, katanya ketika dihubungi, suami Nurul Ain yang juga pemandu MPV berkenaan Mohd Lutfi Radzi, 37, bersama anak bongsu mereka, Muhammad Ahsan Nafis, 2, yang turut cedera dalam kemalangan itu, telah dibenarkan pulang petang tadi selepas menerima rawatan di hospital yang sama.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 pagi di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik banding, Gerik, 15 pelajar UPSI maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan sebuah Perodua Alza.

Bas berkenaan yang membawa 42 pelajar UPSI  dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus universiti di Tanjung Malim,Perak.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Seorang wanita lemas di Air Terjun Wong Ruan
Next: Nahas di Gerik: Jenazah 13 lagi pelajar UPSI disembahyangkan di Masjid Hadhari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.