Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal
  • NASIONAL

Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal

Utusan Sarawak 5 months ago
TENGKU Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

KUANTAN: Istana Pahang hari ini menafikan satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dengan seorang wanita, yang kononnya akan berlangsung pada April tahun depan.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata hantaran yang dimuat naik pengguna platform Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_l) itu menyaksikan wanita berkenaan menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Hassanal. 

“Menurut hantaran pada cerita Instagram berkenaan, wanita tersebut mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada bulan April tahun depan, dan secara fitnah telah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya.

“Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain portal rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain portal tersebut, beliau berkata orang ramai boleh merujuk platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube yang hanya menggunakan nama akaun ‘Kesultanan Pahang’.

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu-gugat keharmonian khususnya Istana Pahang,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Istana Pahang tidak akan keluarkan sebarang kenyataan berkaitan titah adendum
Next: Pelajar pernah sertai kadet sekolah diberi keutamaan sertai PLKN 3.0 – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.