Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal
  • NASIONAL

Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal

Utusan Sarawak 7 months ago

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim (Gambar fail)

KUANTAN: Istana Pahang hari ini menafikan satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita.

Menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang, maklumat tular menerusi aplikasi Instagram sejak 24 Sept lepas telah dimuat naik sendiri oleh pengguna platform dengan nama Farida.1111111 dan memperlihatkan kertas tertulis ‘Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud’.

Kesultanan Pahang memaklumkan perkara itu adalah palsu dan tiada kaitan dengan Tengku Mahkota Pahang atau Istana Pahang.

“Istana Pahang mengesan hantaran berbentuk fitnah yang dimuat naik individu tersebut dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang.

“Tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran di media sosial yang berbaur fitnah atau mengganggu-gugat keharmonian khususnya Istana Pahang,” menurut hantaran itu.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Projek Taman Paya Bakau Kina Benuwa fasa dua diserahkan kepada MOTAC
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat di 9 negeri hingga 1 pagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.