Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Israel enggan serah kawalan penuh Masjid Ibrahimi untuk sambut lailatulqadar
  • GLOBAL

Israel enggan serah kawalan penuh Masjid Ibrahimi untuk sambut lailatulqadar

Utusan Sarawak 2 months ago

RAMALLAH: Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Mohammad Mustafa Najm mengesahkan yang pihak berkuasa Israel enggan menyerahkan kawalan penuh Masjid Ibrahimi di Hebron termasuk kawasan halaman dan bahagian tertentu, seperti kebiasaan termasuk pada 10 malam terakhir Ramadan untuk menyambut lailatulqadar.

Najm yang dipetik Agensi Berita Palestin (WAFA) berkata pasukan Israel menolak untuk membuka pintu timur masjid untuk kali keempat sepanjang Ramadan ini dan hanya membenarkan sebahagian masjid dibuka kepada umat Islam tanpa mengembalikan pengurusan penuh Masjid Ibrahimi, yang juga dikenali sebagai Gua Para Nabi, kepada penjaga rasmi masjid itu.

Pihak Berkuasa Palestin tidak mengiktiraf kawalan masjid sebagai lengkap selagi mana-mana bahagiannya masih dikuasai pihak lain.

Beliau menyifatkan tindakan Israel itu sebagai tindakan sewenang-wenangnya serta mencipta duluan yang berbahaya di tapak suci itu, selain satu provokasi terang-terangan terhadap perasaan umat Islam dan tidak menghormati kesucian Ramadan serta Masjid Ibrahimi itu sendiri.

Najm turut menyeru rakyat Palestin untuk menuju ke Masjid Ibrahimi dan tetap berkumpul di situ bagi menegaskan kembali kehadiran Islam Palestin di tapak itu, yang beliau anggap sebagai cara terbaik untuk menghadapi pasukan pendudukan dalam waktu yang sukar ini. – Bernama-Wafa

Continue Reading

Previous: MAHB, Qantas, Jetstar, Virgin bincang penerbangan terus ke Malaysia
Next: Saintis rakam bukti pertama jerung hasilkan bunyi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.