Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ismail Sabri terima kunjungan hormat Blinken
  • NASIONAL

Ismail Sabri terima kunjungan hormat Blinken

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA LUMPUR, 15 Dis -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J Blinken di pejabatnya di bangunan Parlimen, hari ini.

--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, Dec 15 -- Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (left) receives a courtesy call from US Secretary of State Antony J Blinken at his office, Parliament building today.

--fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED



PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J Blinken di pejabatnya di bangunan Parlimen, semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony J Blinken di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Ismail Sabri dan Blinken mengadakan pertemuan kira-kira setengah jam bermula 2.30 petang.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Blinken tiba di Malaysia malam Selasa lalu untuk memulakan lawatan kerja dua hari ke negara ini dan Kuala Lumpur adalah persinggahan kedua Blinken sempena lawatannya ke tiga negara Asia Tenggara.

AS mula menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957.

Washington dan Kuala Lumpur kemudian meningkatkan hubungan dua hala kepada Perkongsian Komprehensif pada April 2014.

Antara Setiausaha Negara AS yang pernah melawat Malaysia ialah Mike Pompeo pada Ogos 2018, Rex Tillerson (2017), Hillary Rodham Clinton (2010) dan Condoleezza Rice (2006). – Bernama

Continue Reading

Previous: Bangun aplikasi untuk pengguna
Next: Lulus pinda perlembagaan MA63 bukti semangat kesatuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.