Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Isak sudah tiba di pusat latihan kelab Liverpool
  • SUKAN

Isak sudah tiba di pusat latihan kelab Liverpool

Utusan Sarawak 4 days ago

Alexander Isak. Foto fail AFP

LONDON: Liverpool dilaporkan sudah bersetuju dengan yuran perpindahan rekod Britain bernilai £125 juta (RM618.5 juta) untuk mendapatkan Alexander Isak daripada Newcastle, dengan perpindahan itu dijangka dimuktamadkan pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas yang penuh dengan drama.

Penyerang Sweden itu difahamkan telah tiba di pusat latihan kelab hari ini, menandakan hampir berakhirnya drama panjang perpindahan terbabit.

Dengan jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal ditutup, masih terdapat beberapa perpindahan besar yang dijangka berlaku ketika kelab-kelab berebut memperkukuh skuad masing-masing.

Marc Guehi. Foto fail AFP

Sky Sports melaporkan Newcastle sudah bersetuju untuk mendapatkan penyerang Brentford, Yoane Wissa, manakala penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma pula dijangka berhijrah ke Manchester City selepas khidmatnya tidak lagi diperlukan di Paris Saint-Germain (PSG).

Manchester United pula dilaporkan dikaitkan dengan penjaga gol pemenang Piala Dunia Aston Villa, Emiliano Martinez, ketika mereka mencari penyelesaian terhadap krisis posisi penjaga gol.

Namun, tumpuan utama pastinya terarah kepada proses terakhir perpindahan Isak ke Liverpool.

Kelab Anfield itu pernah ditolak tawaran bernilai £110 juta (RM544.2 juta) bulan lalu, dan sejak itu penyerang berusia 25 tahun itu tidak lagi menjalani latihan atau beraksi bersama Newcastle.

Isak dijangka menjadi pemain kelapan skuad utama yang dibawa masuk Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini, sekali gus memecahkan rekod perpindahan kelab buat kali kedua selepas mendapatkan Florian Wirtz daripada Bayer Leverkusen dengan yuran awal £100 juta (RM494.7 juta).

Perbelanjaan keseluruhan kelab kini mencecah sekitar £416 juta (RM2.05 bilion), meskipun turut kehilangan beberapa tonggak utama termasuk Luis Diaz, Darwin Nunez dan Trent Alexander-Arnold.

Skuad kendalian Arne Slot, yang menewaskan Arsenal 1-0, awal pagi tadi, untuk mengekalkan rekod sempurna di EPL musim ini, turut dilaporkan memburu pertahanan Crystal Palace dan England, Marc Guehi. – AFP

Continue Reading

Previous: Atlet muda Sarawak gah di Muaythai ASEAN 2025, sedia hadapi SUKMA
Next: Bekas juara heavyweight Eropah, Joe Bugner meninggal dunia pada usia 75 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.