Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Isak sah milik Liverpool, Palace batal jual Guehi saat akhir
  • SUKAN

Isak sah milik Liverpool, Palace batal jual Guehi saat akhir

Utusan Sarawak 3 days ago

Alexander Isak menandatangani kontrak selama enam tahun bersama juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool. – Foto premierleague.com

LONDON: Liverpool menandatangani penyerang Alexander Isak dengan yuran rekod Britain bernilai £125 juta (RM715 juta) dari Newcastle ketika jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditutup dengan deretan perpindahan mega awal pagi tadi.

Isak bersetuju dengan kontrak selama enam tahun bersama juara England itu selepas Newcastle akhirnya menerima tawaran baharu yang dipertingkatkan.

“Berpeluang menjadi sebahagian daripada pasukan ini, saya mahu mencipta sejarah. Saya mahu memenangi trofi,” kata Isak yang akan menyarung jersi nombor 9 Liverpool.

“Ia adalah motivasi terbesar saya dan saya rasa inilah tempat yang sempurna untuk saya terus berkembang, melonjak permainan saya ke tahap seterusnya serta membantu pasukan.”

Yuran perpindahan Isak mengatasi rekod terdahulu Britain sebanyak £107 juta (RM612 juta) yang dibayar Chelsea untuk mendapatkan Enzo Fernandez pada 2023.

Liverpool sebelum ini membuat tawaran £110 juta (RM629 juta) yang ditolak Newcastle pada Ogos, namun keinginan Isak untuk berpindah akhirnya membuahkan hasil selepas kemelut perpindahan itu semakin tegang.

Penyerang itu menyatakan kepada Newcastle dia mahu meninggalkan kelab, malah menghabiskan sebahagian pramusim berlatih bersendirian di bekas kelabnya Real Sociedad berbanding menyertai skuad kendalian Eddie Howe.

Isak menjadi pemain kelapan skuad utama Liverpool yang tiba pada jendela perpindahan musim panas ini dan pembelian itu menandakan kali kedua mereka memecahkan rekod perpindahan kelab selepas membawa masuk Florian Wirtz dari Bayer Leverkusen dengan yuran awal £100 juta (RM572 juta).

Namun Liverpool, yang menewaskan Arsenal 1-0 kelmarin untuk mengekalkan rekod sempurna EPL musim ini, gagal mendapatkan pertahanan England, Marc Guehi selepas Crystal Palace membatalkan penjualannya pada saat akhir.

Perbelanjaan luar biasa Liverpool musim panas ini melepasi angka £400 juta (RM2.28 bilion), meskipun terdapat juga beberapa pemain utama yang meninggalkan kelab termasuk Luis Diaz, Darwin Nunez dan Trent Alexander-Arnold.

Newcastle minggu lalu menandatangani penyerang Jerman, Nick Woltemade dengan rekod kelab bernilai sehingga £69 juta (RM394 juta).

Langkah itu membuka jalan bagi pemergian Isak, yang menjaringkan 27 gol dalam semua pertandingan musim lalu dan membantu Newcastle menamatkan kemarau trofi selama 56 tahun dengan menewaskan Liverpool pada final Piala Liga.

Newcastle segera menggunakan sebahagian hasil jualan Isak untuk mendapatkan penyerang DR Congo, Yoane Wissa yang berpindah dari Brentford dengan yuran awal £50 juta (RM286 juta).

Wissa, 28, menjaringkan 19 gol EPL musim lalu dan bakal memberikan tambahan kekuatan serangan kepada Newcastle yang dimiliki konsortium Arab Saudi ketika mereka bersiap sedia menghadapi kempen Liga Juara-Juara. – AFP

Continue Reading

Previous: Bekas juara heavyweight Eropah, Joe Bugner meninggal dunia pada usia 75 tahun
Next: Spurs sambar Kolo Muani secara pinjaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.