BELFAST: Sebanyak tujuh lagi destinasi baharu telah dimasukkan dalam senarai hijau perjalanan Ireland Utara.
Lapor AFP , destinasi terdiri daripada Azores, Kanada, Denmark, Finland, Liechtenstein, Lithuania dan Switzerland dimasukkan dalam senarai hijau bermula 4.00 pagi (waktu tempatan) semalam.
“Susulan itu, mana-mana individu dari destinasi tersebut yang melakukan perjalanan ke Ireland Utara tidak perlu menjalani kuarantin.
“Bagaimanapun, mereka harus memenuhi kriteria-kriteria lain,” jelas laporan tersebut.
Antara kriterian lain, pengunjung dari negara senarai hijau harus mengemukakan bukti ujian saringan Covid-19 negatif yang dilakukan tiga hari sebelum berlepas.
Sementara itu, Montenegro dan Thailand pula dimasukkan dalam senarai merah perjalanan.
Setakat ini, tiada perubahan pada senarai tersebut.
“Pengunjung yang tiba dari negara senarai merah mesti mengemukakan ujian saringan Covid-19 negatif yang diambil tiga hari sebelum berlepas.
“Mereka juga harus melengkapkan borang lokasi penumpang United Kingdom (UK) dalam masa 48 jam dari waktu berlepas,” jelas laporan itu.
Pengunjung kemudian perlu menempah dan menjalani kuarantin di hotel selama 10 hari selepas tiba di negara ini. – AFP