Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ireka Corporation peroleh kotrak pembinaan RM125 juta di Sarawak  
  • BISNES

Ireka Corporation peroleh kotrak pembinaan RM125 juta di Sarawak  

Utusan Sarawak 2 hours ago
ANAK syarikat milik penuh Ireka Corporation Bhd, Shoraka Construction Sdn Bhd, menerima surat anugerah (LOA) daripada Sarawak Land (Kemena Park) Sdn Bhd untuk kontrak pembinaan RM125 juta.

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Ireka Corporation Bhd, Shoraka Construction Sdn Bhd, menerima surat anugerah (LOA) daripada Sarawak Land (Kemena Park) Sdn Bhd untuk kontrak pembinaan RM125 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Ireka memaklumkan projek berkenaan melibatkan cadangan pembinaan Kondominium Pinnacle di Jalan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

Menurut syarikat itu, tempoh kontrak adalah selama 24 bulan dan akan bermula selepas pemilikan tapak diserahkan serta mesyuarat permulaan projek disempurnakan.

“LOA tersebut akan terbatal secara automatik sekiranya kelulusan pihak berkuasa yang diperlukan gagal diperoleh pada atau sebelum 31 Januari 2027,” menurut kenyataan itu.

Menurut Ireka projek itu dijangka menjana pendapatan sehingga RM125 juta kepada kumpulan sepanjang tempoh kontrak.

“Pendapatan daripada projek ini akan diiktiraf secara berperingkat selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) yang berkaitan, berdasarkan kaedah peratusan penyiapan, tertakluk kepada pengesahan kerja yang telah dilaksanakan,” menurut syarikat itu.

Kumpulan itu turut memaklumkan bahawa projek tersebut akan memberi sumbangan positif kepada buku pesanan pembinaan Ireka serta meningkatkan keterlihatan pendapatan syarikat bagi tahun kewangan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

“Dengan mengambil kira tiada keadaan luar jangka, projek ini tidak dijangka memberi kesan material yang buruk terhadap pendapatan, aset bersih atau tahap keberhutangan kumpulan,” katanya.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Program GoGiggers perkasa 78 ‘rakan riders’ di Sarawak  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.