Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Irau Aco Lun Bawang satukan komuniti, semarak budaya di Kuching
  • TEMPATAN

Irau Aco Lun Bawang satukan komuniti, semarak budaya di Kuching

Utusan Sarawak 3 hours ago
MALAM kebudayaan Lun Bawang Kuching.

KUCHING: Komuniti Lun Bawang di Kuching bakal menganjurkan Irau Aco Lun Bawang edisi ke-39 dengan sokongan Kelab Golf Lun Tau sebagai rakan strategik penganjuran.

Menurut ADUN Ba’kelalan, Baru Bian, penganjuran program tersebut bukan sekadar sambutan kebudayaan, sebaliknya menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dalam kalangan komuniti Lun Bawang.

“Usaha memelihara budaya Lun Bawang amat penting memandangkan jumlah komuniti yang kecil di Sarawak, sekali gus memerlukan kesinambungan nilai dan warisan kepada generasi muda.

“Adat kita adalah warisan yang tidak ternilai dan perlu dipelihara serta diteruskan kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Malam Kebudayaan Lun Bawang Kuching, di sini hari ini.

ADUN Ba’kelalan, Baru Bian menerima cenderahati pada Malam kebudayaan Lun Bawang Kuching.

Tambah beliau, generasi muda perlu didedahkan dengan budaya serta nilai tradisi agar mereka memahami identiti dan jati diri sebagai Lun Bawang.

Beliau turut menekankan kepentingan memperkenalkan budaya Lun Bawang kepada masyarakat lebih luas, termasuk melalui persembahan kebudayaan dan makanan tradisi yang dipamerkan.

Dalam pada itu, beliau menyentuh peranan muzik tradisional Bamboo Band yang kini menjadi sebahagian daripada identiti komuniti Lun Bawang walaupun asal usulnya diadaptasi daripada Indonesia.

“Alat muzik ini telah menjadi sebahagian daripada budaya kita dan harus diwariskan kepada generasi muda,” jelasnya.

 MALAM kebudayaan Lun Bawang Kuching.

Beliau turut mencadangkan agar program latihan dan penglibatan belia dalam seni muzik tradisional diteruskan bagi memastikan warisan tersebut tidak hilang ditelan zaman.

Selain aspek budaya, beliau turut menzahirkan sokongan terhadap program kerohanian komuniti yang dilihat memainkan peranan penting dalam pembentukan nilai masyarakat Lun Bawang.

Penganjuran Irau Aco Lun Bawang edisi ke-39 di Kuching dijangka menjadi platform memperkukuh perpaduan komuniti serta memartabatkan warisan budaya Lun Bawang di peringkat lebih luas.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Saringan kesihatan percuma tarik lebih ramai pengunjung ke Pasar Tani Semula Jadi Kuching
Next: Pelayaran Kembara D’Astana ke kawasan pesisir 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.