Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Irama tradisi, artis popular gegar pentas Kampung Tian
  • HIBURAN

Irama tradisi, artis popular gegar pentas Kampung Tian

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERSEMBAHAN Baby Shima memukau para pengunjung yang hadir.

MATU: Irama tradisi dan hiburan moden berpadu dalam suasana meriah apabila Dewan Masyarakat Kampung Tian bergema dengan alunan muzik serta lenggok tarian menerusi penganjuran program pertunjukan pentas malam ini.

Program yang menarik perhatian penduduk setempat dan kawasan sekitar itu diserikan dengan kehadiran Pengerusi Amanah Saham Sarawak (ASSAR), Dato Sri Wahab Dolah.

Seawal 7.30 malam, orang ramai mula membanjiri pekarangan dewan bagi tidak melepaskan peluang menyaksikan pelbagai persembahan yang disediakan.

MENJADI TUMPUAN… Pertandingan Bertandak/Bermukun Tertutup menghimpunkan peserta dari Matu, Daro dan Pulau Bruit, menampilkan keunikan seni tradisi dalam format berpasangan lelaki dan perempuan dengan tema pakaian Hari Raya.

Antara tarikan utama ialah Pertandingan Bertandak/Bermukun Tertutup yang menghimpunkan peserta dari Matu, Daro dan Pulau Bruit, menampilkan keunikan seni tradisi dalam format berpasangan lelaki dan perempuan dengan tema pakaian Hari Raya.

Program turut diserikan dengan persembahan khas oleh Kumpulan Seni Melodi serta kumpulan tarian Legasi Terindah dari Semenanjung, yang mempamerkan kepelbagaian seni budaya.

ORANG ramai tidak melepaskan peluang untuk mendaftar cabutan tiket bertuah.

Kemeriahan acara mencapai kemuncak dengan penampilan artis popular seperti Alip Kadim dan Baby Shima, sekali gus menambahkan lagi keterujaan pengunjung.

Selain hiburan pentas, pengunjung turut menikmati pelbagai gerai jualan makanan, minuman dan pakaian, manakala hadiah lumayan berupa dua motosikal dan 18 hadiah lain menanti pengunjung bertuah.

Program ini bukan sahaja menjadi platform hiburan, malah mengeratkan hubungan komuniti serta memartabatkan warisan seni tempatan.

Oleh Akun Giman

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Bintang filem Perancis Nathalie Baye meninggal dunia pada usia 77 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.