IPU Serian menghampiri 200, Bintulu turut tidak sihat

Facebook
WhatsApp
DATA pemantauan kualiti udara menunjukkan IPD Serian merekodkan bacaan IPU 199 setakat 12.00 tengah hari ini, menghampiri paras 200 dan berada dalam kategori tidak sihat.

KUCHING: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 199 setakat 12.00 tengah hari ini, menghampiri paras 200 dan kekal dalam kategori tidak sihat.

Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, Lundu dan Tebedu masing-masing mencatat bacaan 184, diikuti Kuching (179), Samarahan (173), Lubok Antu (172), Sri Aman (158) dan Bintulu (137), kesemuanya dalam kategori tidak sihat.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Sementara itu, Mukah mencatat bacaan 100, diikuti Miri dan Samalaju masing-masing 87, ILP Miri (88), Sibu (84), Sarikei (81), Kapit (78), Limbang (71), Lawas (91) dan Bario (53), kesemuanya pada tahap sederhana.

SMK Santubong dipastikan selamat untuk murid

SANTUBONG: Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong kembali ceria apabila murid meneruskan sesi persekolahan seperti biasa selepas sekolah berkenaan

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus