IPU Serian masih tertinggi, sembilan kawasan tidak sihat

Facebook
WhatsApp
DATA NREB Sarawak menunjukkan Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 183 setakat 8.00 pagi ini.

KUCHING: Sebanyak sembilan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam kategori tidak sihat setakat 8.00 pagi ini, dengan Serian mencatat bacaan tertinggi iaitu 183.

Berdasarkan data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, IPD Serian mencatat bacaan 183, diikuti Samarahan dan Kuching masing-masing 172, Sri Aman (163), Sarikei (158), Mukah (152), Tebedu (150), Bintulu (142) dan Lundu (102).

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Sementara itu, Sibu mencatat bacaan 100, diikuti Samalaju (98), Lubok Antu (91), Miri (85), ILP Miri (70), Kapit (66), Lawas (62), Bario (60) dan Limbang (56), semuanya pada tahap sederhana.

Orang ramai, khususnya golongan berisiko tinggi, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.

Oleh Adele Rissa

Samarahan catat IPU tertinggi pagi ini

KUCHING: Samarahan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 218, sekali gus berada pada tahap sangat tidak