IPU Sarikei cecah 350, jerebu kini pada tahap berbahaya

Facebook
WhatsApp
Tinjauan di beberapa lokasi sepanjang tebing Sungai Rajang mendapati kawasan di seberang sungai semakin kabur.

SARIKEI: Keadaan jerebu semakin serius apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melonjak kepada 350 pada 1.00 petang ini.

Tinjauan Utusan Sarawak dari 12.50 tengah hari hingga 1.30 petang mendapati lapisan jerebu tebal menyelubungi bandar Sarikei dan kawasan Sungai Rajang sehingga jarak penglihatan semakin terhad.

Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU Sarikei direkodkan pada 350 setakat 1.00 petang dengan penanda merah menunjukkan kualiti udara berada pada tahap berbahaya.

Tinjauan di beberapa lokasi sepanjang tebing Sungai Rajang mendapati kawasan di seberang sungai semakin kabur, manakala objek dan daratan pada jarak lebih jauh hampir tenggelam di sebalik lapisan jerebu.

KEADAAN jerebu sekitar bandar Sarikei ketika tinjauan hari ini.

Keadaan sama dapat dilihat dari kawasan Terminal Ekspress I apabila pandangan menyusuri Sungai Rajang semakin terbatas, dengan latar belakang perairan diselubungi suasana kelabu dan suram.

Di pusat bandar Sarikei, kesan jerebu turut ketara apabila bangunan tinggi pada jarak jauh kelihatan pudar dan kurang jelas.

Keadaan itu menunjukkan kemerosotan ketara kualiti udara apabila bacaan IPU sudah melepasi paras 300, sekali gus memasuki kategori berbahaya.

Jerebu tebal turut menyebabkan jarak penglihatan di kawasan perairan terjejas, justeru pengguna sungai dan pengendali bot perlu meningkatkan kewaspadaan ketika melalui Sungai Rajang.

Orang ramai disaran sentiasa mengikuti perkembangan bacaan IPU semasa dan mengambil langkah perlindungan sewajarnya berikutan keadaan kualiti udara yang berada pada tahap berbahaya.

Oleh Earl Anek

IPU Bintulu meningkat kepada 244

BINTULU: Kualiti udara di Bintulu berada pada tahap sangat tidak sihat apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 244 setakat