IPU Sarawak menunjukkan trend penurunan, Sibu catat peningkatan kepada 131

Facebook
WhatsApp
DATA NREB Sarawak setakat 8.00 pagi ini.

KUCHING: Kualiti udara di beberapa kawasan di Sarawak menunjukkan sedikit pemulihan pagi ini apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) merekodkan trend penurunan berbanding semalam.

Berdasarkan data pemantauan setakat 8.00 pagi, Kuching mencatatkan bacaan IPU 167, menurun daripada 169 semalam.

Penurunan turut direkodkan di IPD Serian yang mencatatkan bacaan 163 berbanding 180 semalam, Samarahan (164 berbanding 168), Sri Aman (154 berbanding 161) dan Sarikei (157 berbanding 159).

Bagaimanapun, sebanyak 10 kawasan pemantauan di Sarawak masih merekodkan bacaan dalam kategori Tidak Sihat, iaitu antara 101 hingga 200.

Selain Kuching, Samarahan, IPD Serian, Sri Aman dan Sarikei, kawasan lain yang masih dalam kategori berkenaan ialah Bintulu dengan bacaan 156, Mukah (152), Sibu (131), Samalaju (126) dan Tebedu (102).

IPU di Sibu menunjukkan peningkatan pagi ini apabila mencatatkan 131, berbanding 122 yang direkodkan semalam, sekali gus kekal dalam kategori Tidak Sihat.

Bintulu dan Mukah turut menunjukkan peningkatan berbanding semalam, masing-masing daripada 151 kepada 156 dan 151 kepada 152, manakala bacaan di Samalaju dan Tebedu kekal.

Sementara itu, lapan kawsan lagi merekodkan bacaan dalam kategori Sederhana, iaitu antara 51 hingga 100.

Lundu mencatatkan bacaan tertinggi dalam kategori itu dengan 100, diikuti Miri (92), Lubok Antu (84), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (79), Kapit (67), Bario (65), Lawas (60) dan Limbang (58).

Walaupun beberapa kawasan menunjukkan trend penurunan, orang ramai khususnya golongan berisiko tinggi dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan kualiti udara yang masih tidak sihat di beberapa kawasan.

Aktiviti fizikal di luar bangunan juga disarankan dikurangkan, manakala orang ramai yang perlu berada di luar boleh menggunakan pelitup muka yang sesuai serta memastikan pengambilan air yang mencukupi.

Emosi tanpa sisi

EMOSI adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Kita boleh gembira, sedih, marah, kecewa, takut dan tersinggung. Semua perasaan ini normal dan