IPU meningkat di beberapa kawasan Sarawak, Serian kekal tertinggi

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU di Sarawak setakat 9.00 malam.

KUCHING: Kualiti udara di beberapa kawasan di Sarawak menunjukkan trend semakin merosot setakat 9.00 malam ini berbanding bacaan pada 4.00 petang tadi.

Antara kawasan yang menunjukkan peningkatan bacaan dan kekal pada tahap tidak sihat ialah IPD Serian dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 186, Samarahan (169), Kuching (166), Bintulu (155) dan Samalaju (154).

Mukah (157), Sibu (156) dan Sarikei (153) turut merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, namun perubahan berbanding bacaan petang tidak begitu ketara.

Sementara itu, keadaan di Sri Aman menunjukkan sedikit peningkatan dengan bacaan IPU 114 pada 9.00 malam berbanding 148 pada 4.00 petang.

Kawasan lain yang masih berada pada tahap sederhana dan relatif terkawal ialah Miri dengan IPU 96, ILP Miri (93), Limbang (77) dan Kapit (74).

Secara keseluruhan, sebanyak sembilan kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, manakala empat kawasan lagi berada pada tahap sederhana setakat 9.00 malam ini.

Oleh Masrin Affirah

WYF gesa kerajaan haramkan penjualan vape

MELAKA: Yayasan Belia Dunia (WYF) menggesa kerajaan mengharamkan penjualan vape di negara ini susulan peranti rokok elektronik itu dikenal pasti sering