IPU Lundu turun kepada 322, masih dalam kategori berbahaya

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU Sarawak setakat 12.00 tengah hari. Sumber NREB

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Daerah Lundu menurun kepada 322 pada 12.00 tengah hari ini, berbanding 335 pada 8.00 pagi tadi.

Bagaimanapun, bacaan berkenaan masih berada dalam kategori berbahaya.

Berdasarkan kemas kini terkini Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), sebanyak lima kawasan merekodkan status sangat tidak sihat, manakala 11 kawasan berada pada tahap tidak sihat dan empat kawasan mencatat status sederhana.

Bacaan sangat tidak sihat direkodkan di Serian (282), Kuching (254), Sri Aman (234), Tebedu (236), Lubok Antu (211) dan Samarahan (226).

Sementara itu, bacaan tidak sihat direkodkan di Sarikei (184), Sibu (167), Mukah (185), Bintulu (169), Samalaju (180), Miri (164), ILP Miri (169), Kanowit (184) dan Betong (186).

Kawasan yang merekodkan status sederhana ialah Kapit (93), Limbang (84), Lawas (100) dan Bario (57).

Orang ramai khususnya di kawasan yang merekodkan bacaan sangat tidak sihat dan berbahaya dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan pendedahan kepada pencemaran udara.

Oleh Masrin Affirah