Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • IPU hampiri tahap tidak sihat, penduduk disaran kurangkan aktiviti luar, elak pembakaran terbuka
  • KESIHATAN

IPU hampiri tahap tidak sihat, penduduk disaran kurangkan aktiviti luar, elak pembakaran terbuka

Utusan Sarawak 1 day ago
KEADAAN pencemaran udara di Mukah pagi ini agak teruk dengan bau asap yang kuat. Foto Facebook N.57 Tellian.

MUKAH: Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka ketika musim kemarau dan cuaca kering yang sedang melanda kawasan ini bagi mengelakkan berlakunya kebakaran yang sukar dikawal serta pencemaran udara.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah, Nicholas Belulin berkata, pihaknya mengingatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati sekiranya mahu menjalankan aktiviti pembakaran bagi tujuan pertanian.

“Sekiranya mahu mengusahakan kebun atau ladang, pastikan pembakaran dilakukan secara terkawal dengan kelengkapan mencukupi dan tenaga kerja yang ramai.

“Elakkan pembakaran berskala besar, khususnya di kawasan tanah gambut yang mudah terbakar dan sukar dipadamkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine dalam satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan keadaan pencemaran udara di Mukah pagi ini agak teruk dengan bau asap yang kuat.

Beliau berkata, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pagi ini berada pada tahap sederhana iaitu 90, namun jika melebihi paras 100, ia akan memasuki kategori tidak sihat.

“Penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka, minum banyak air kosong serta mengurangkan aktiviti di luar rumah.

“Paling penting, jangan lakukan pembakaran terbuka sama ada di kebun, ladang mahupun kawasan kediaman,” katanya.

Royston turut menggesa semua pihak agar memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kualiti udara dan keselamatan bersama.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Malaysia berdepan krisis kanser hati, 74 peratus kes dikesan tahap akhir
Next: Program Perubatan Tidur Kuching 2025 tekankan pencegahan awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.