
KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 12.00 tengah hari tadi menunjukkan tahap sederhana (Moderate) di kebanyakan stesen pemantauan utama Sarawak, termasuk Kuching.
Menurut data NREB, bacaan IPU Kuching mencatat 79, manakala Lundu merekod bacaan tertinggi negeri pada 95.
Semua stesen termasuk Sibu (66), Bintulu (80), Miri (68), Serian (71), Samarahan (77), Sri Aman (75) dan beberapa lagi berada dalam kategori sederhana.
Cuaca di Kuching setakat tengah hari ini dilaporkan panas dan berangin, tanpa kehadiran jerebu tebal yang menjejaskan jarak penglihatan, manakala bacaan IPU di semua lokasi pemantauan kekal dalam julat sihat tanpa sebarang lonjakan ketara.
Orang ramai, khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan penghidap masalah pernafasan, dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar serta mengelakkan pembakaran terbuka.
Bacaan udara boleh dipantau melalui laman rasmi nreb.gov.my.
Oleh Masrin Affirah