KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di Sarawak menunjukkan perubahan pada tengah hari ini berbanding bacaan 8.00 pagi, dengan Lubok Antu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 404, berbanding 392 pada pagi tadi.
Berdasarkan data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, pada 12.00 tengah hari, Lubok Antu berada pada kategori sangat berbahaya, manakala Kuching mencatat bacaan kedua tertinggi iaitu 389, turun daripada 407 pada 8.00 pagi.
Serian turut menunjukkan penurunan daripada 408 kepada 396, namun kekal dalam kategori berbahaya.
Samarahan mencatat bacaan 357 berbanding 372 pada jam 8 pagi, manakala Sri Aman turun daripada 361 kepada 343 dan Lundu daripada 384 kepada 368.
Bagaimanapun, beberapa kawasan mencatat peningkatan bacaan berbanding pagi tadi.

Sibu meningkat daripada 309 kepada 330, Sarikei daripada 333 kepada 346, Kanowit daripada 343 kepada 364, Mukah daripada 234 kepada 241, Bintulu daripada 232 kepada 242 dan Samalaju daripada 225 kepada 237.
Kapit pula meningkat daripada 178 kepada 184, Miri daripada 180 kepada 183, ILP Miri daripada 187 kepada 189 dan Lawas daripada 157 kepada 166.
Tebedu mencatat sedikit penurunan daripada 377 kepada 367, manakala Bario turun daripada 150 kepada 147 dan Betong daripada 264 kepada 256.
Pada jam 12 tengah hari, sembilan stesen mencatat bacaan dalam kategori berbahaya, iaitu Kuching (389), Samarahan (357), Serian (396), Sri Aman (343), Sarikei (346), Sibu (330), Lundu (368), Tebedu (367) dan Kanowit (364).
Empat stesen pula berada dalam kategori sangat tidak sihat, iaitu Mukah (241), Bintulu (242), Samalaju (237) dan Betong (256).
Sementara itu, Lubok Antu merekodkan bacaan 404, sekali gus berada dalam kategori sangat berbahaya.
Pada jam 8 pagi tadi, Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 408, diikuti Kuching (407) dan Lubok Antu (392).
Mengikut klasifikasi data berkenaan, bacaan 301 hingga 400 berada pada tahap berbahaya, manakala 401 hingga 500 dikategorikan sebagai sangat berbahaya.
Nota: IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter yang dominan.
Oleh Shikin Mahmud





