Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPG Kampus Rajang miliki sejarah istimewa sejak 1966
  • Tengah
  • WILAYAH

IPG Kampus Rajang miliki sejarah istimewa sejak 1966

Utusan Sarawak 4 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama Pengarah IPG Kampus Rajang, Zainal Abiddin Masleh; Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang, Cindy Wong Chyee Chen, Pengerusi Kelab Pensyarah 2026/2028 IPG Kampus Rajang, Walter Umpang Moses dan yang lain. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang disifatkan mempunyai sejarah istimewa tersendiri sebagai simbol kerjasama antarabangsa antara Malaysia dan New Zealand menerusi Rancangan Colombo sejak 1966.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, sejarah tersebut menjadikan IPG Kampus Rajang bukan sahaja sebuah institusi pendidikan, malah lambang kecemerlangan pendidikan yang terus memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi pendidik berkualiti.

“IPG Kampus Rajang mempunyai sejarah istimewa sebagai simbol kerjasama antarabangsa menerusi Rancangan Colombo antara Malaysia dan New Zealand sejak 1966.

“Semangat kecemerlangan, kualiti dan daya tahan yang sinonim dengan semangat ‘New Zealand’ perlu terus diperkasakan seiring slogan ‘Agi Idup, Agi Ngelaban’,” katanya ketika berucap pada jamuan Hari Guru anjuran Kelab Pensyarah 2026/2028 IPG Kampus Rajang, baru-baru ini.

Tambahnya, IPG Kampus Rajang bukan sahaja warisan kecemerlangan di tebing Sungai Rajang, malah memainkan peranan besar dalam melahirkan guru berkualiti yang cemerlang dalam bidang pedagogi dan mempunyai sahsiah tinggi.

“Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi contoh unggul dari segi keteladanan, profesionalisme dan integriti sebagai penggerak utama pendidikan negara.

“Guru Bitara, Nadi Negara membawa mesej besar mengenai kepentingan guru sebagai tonggak pembangunan modal insan dan masa depan negara,” katanya.

Dalam menghadapi perubahan menerusi Kurikulum Persekolahan 2027 dan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035, beliau berharap warga akademik sentiasa bersedia, inovatif dan mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan Pendidikan 4.0.

Katanya, usaha tersebut penting bagi memastikan guru pelatih yang dilahirkan sentiasa kompeten, relevan dan mampu bersaing di peringkat global.

Pada masa sama, beliau berharap pihak pengurusan IPG Kampus Rajang serta seluruh warga pendidik terus diberikan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam mendidik generasi masa depan.

Turut hadir Pengarah IPG Kampus Rajang, Zainal Abiddin Masleh; Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang, Cindy Wong Chyee Chen dan Pengerusi Kelab Pensyarah 2026/2028 IPG Kampus Rajang, Walter Umpang Moses.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Generasi muda tonggak kelangsungan warisan masyarakat Dayak
Next: 76 peserta sertai latihan pengungsian bangunan di SK Gemuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.