Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • IPD Sri Aman tahan 8 individu, buka 10 kertas siasatan kes dadah
  • JENAYAH

IPD Sri Aman tahan 8 individu, buka 10 kertas siasatan kes dadah

Utusan Sarawak 6 hours ago
POLIS berjaya menahan lapan individu dalam beberapa operasi berasingan bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar Simanggang sepanjang tempoh 9 hingga 15 Mac lalu. Foto IPD Sri Aman

SIMANGGANG: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman berjaya menahan lapan individu dalam beberapa operasi berasingan bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar daerah ini sepanjang tempoh 9 hingga 15 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam berkata, dalam tempoh tersebut pihaknya turut membuka sebanyak 10 kertas siasatan berkaitan kes dadah di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, semua tangkapan dilakukan secara berasingan di beberapa lokasi sekitar Sri Aman hasil risikan serta operasi berterusan oleh BSJN IPD Sri Aman.

“Hasil saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek yang ditahan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek telah direman di Mahkamah Majistret Sri Aman bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Daripada jumlah kes yang disiasat, lapan kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 berkaitan kesalahan penyalahgunaan dadah telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan daripada Jabatan Patologi.

Sementara itu, dua kes di bawah Seksyen 12(2) akta sama iaitu kesalahan memiliki dadah berbahaya telah dituduh di Mahkamah Majistret Sri Aman.

“Kes berkenaan akan disebut semula di Mahkamah Sri Aman pada 15 Mei depan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Superintenden Dennis menegaskan bahawa IPD Sri Aman komited dalam usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah dan menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran atau penyalahgunaan dadah.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada IPD Sri Aman melalui talian 083-322121 bagi membantu pihak polis mengambil tindakan sewajarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PGA Sarawak rampas RM28.60 juta dalam Op Taring

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.