Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • IPD Sri Aman kawal kebanjiran ke BSN
  • TEMPATAN

IPD Sri Aman kawal kebanjiran ke BSN

Utusan Sarawak 5 years ago

ADI SAFARMAN

SIMANGGANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman sedia mengawal kebanjiran orang ramai ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk urusan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Bingkok John berkata, seramai dua pegawai serta enam anggota RELA ditugaskan untuk memantau situasi di cawangan BSN di bandar ini, bermula semalam.

“Anggota polis akan terus ditempatkan di BSN di sini, bagi memastikan isu kesesakan orang ramai yang ingin menunaikan baucar BPN terkawal dan berjalan lancar.

“Penguasa anggota polis yang ditempatkan di BSN bermula pada 17 April sehingga 31 April ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam.

“Pemantauan dari semasa ke semasa berpandukan kepada jumlah orang yang berkunjung ke sini akan terus kita lakukan.

“Dalam masa yang sama, kita juga menasihati mereka supaya datang pada lain hari jika keperluan mereka tidak mendesak kerana baucar ini boleh ditunaikan sehingga hujung tahun,” katanya.

Bingkok berkata, pemantauan yang dilakukan semalam oleh anggota Polis yang juga dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mendapati jumlah orang awam yang berkunjung di BSN agak ramai namun masih terkawal dengan mengamalkan amalan penjarakan sosial.

“Dalam memastikan kepatuhan ini orang ramai hendaklah memberi kerjasama yang penuh kepada pihak penguatkuasa memastikan tahap pematuhan di bawah PKP ini dipatuhi dalam usaha kita memutuskan penularan Covid19,” tambahnya.

Sehubungan itu, Bingkok berharap orang ramai yang berurusan memastikan tahap kepatuhan yang tinggi.

“Dalam tempoh PKP sedang berlangsung orang ramai mesti patuh kepada syarat-syarat semasa PKP dengan memastikan penjarakan sosial satu meter tidak diingkari ketika berada di bank.

“Selain itu pemakaian penutup mulut dan hidung juga katanya amat perlu bagi memastikan tidak berlaku jangkitan Covid-19 semasa orang ramai berada di tempat yang dikunjungi oleh orang ramai,” katanya.

Continue Reading

Previous: Dibenarkan kuarantin di rumah tanpa warga emas
Next: 83 KIR terima sumbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.