
SIBU: Program Gaya Hidup Sihat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah berlangsung dengan jayanya di Taman Tasik Permai, semalam.
Program tersebut telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid.
Aktiviti dimulakan dengan senamrobik diketuai oleh Jurutunjuk, Marcilla Mohamad seterusnya diikuti dengan brisk walk.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail, Timbalan Pesuruhjaya Polis, DCP Saifullizan Ishak, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili serta barisan ketua-ketua polis daerah, pegawai-pegawai kanan dan warga kerja IPD Sibu.
Oleh Akun Giman