IPD Sibu guna satu jam setengah amal hidup sihat

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
JOM SIHAT… Sekitar Program Gaya Hidup Sihat di IPD Sibu, semalam.

SIBU: Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah mengadakan Program Gaya Hidup Sihat, semalam.

Program tersebut berlangsung selama satu jam setengah bermula 6.30 pagi hingga 8.00 pagi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, program itu yang bertemakan larian 2.4 kilometer telah diadakan di sekitar kawasan IPD Sibu.

Katanya, aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku disusuli Ibu Pertiwiku  dan diteruskan dengan senaman renggangan sebelum meneruskan larian 2.4 kilometer. 

“Sesi bergambar beramai-ramai bersama warga IPD Sibu diadakan selepas selesai sahaja program tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di dalam Facebook rasmi IPD Sibu.