KUCHING, 5 Oktober: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada kategori tidak sihat setakat 12.00 tengah hari tadi dengan bacaan 123.
Bagaimanapun, kebanyakan kawasan lain di Sarawak mencatat bacaan pada tahap sederhana, termasuk Kuching (97) dan Samarahan (93).
Antara kawasan lain yang merekodkan bacaan sederhana ialah Belaga (98), Betong (MCAQM) (94), Lundu (92), Sri Aman (80), Lubok Antu (85), Kanowit (85), Sarikei (85), Miri (84), Sibu (82), Bintulu (78), Samalaju (78), ILP Miri (78), Mukah (77), Bario (77), Tebedu (73), Kapit (72), Lawas (70), dan Limbang (63).
Menurut nota status IPU NREB Malaysia, bacaan tersebut dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter yang paling dominan.




