Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Saratok perkasa tindakan turunkan jenayah, pastikan terus kekal selamat
  • WILAYAH

IPD Saratok perkasa tindakan turunkan jenayah, pastikan terus kekal selamat

Utusan Sarawak 1 hour ago
PERHIMPUNAN Bulanan November 2025 IPD Saratok yang berlangsung di Padang Kawad, IPD Saratok, hari ini. Foto IPD Saratok

SARATOK: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok komited menurunkan kadar jenayah dan memastikan daerah itu kekal sebagai kawasan selamat melalui pelaksanaan strategi penguatkuasaan dan libat urus masyarakat yang lebih menyeluruh.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, fokus utama IPD Saratok adalah memperkukuh penguatkuasaan menyeluruh terhadap penyalahgunaan dadah, sekali gus mengekang aktiviti tidak bermoral itu di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, perhatian turut diberikan terhadap jenayah komersial, khususnya sindiket penipuan yang semakin canggih dalam modus operandi mereka.

PERHIMPUNAN Bulanan November 2025 IPD Saratok yang berlangsung di Padang Kawad, IPD Saratok, hari ini. Foto IPD Saratok

“IPD Saratok akan terus menguatkuasakan undang-undang dengan tegas, namun pada masa sama menjaga keharmonian, meningkatkan kerjasama dalaman pasukan dan memastikan setiap anggota berada pada tahap kesiapsiagaan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan November 2025 IPD Saratok yang berlangsung di Padang Kawad, IPD Saratok, hari ini.

Menurut Mathew, pendekatan turun padang akan diteruskan bagi mendekati masyarakat setempat untuk memudahkan komunikasi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan komuniti, sekali gus memperkukuh kepercayaan serta penyampaian maklumat dua hala.

PERHIMPUNAN Bulanan November 2025 IPD Saratok yang berlangsung di Padang Kawad, IPD Saratok, hari ini. Foto IPD Saratok

“Keutuhan hubungan masyarakat amat penting. Kami mahu kehadiran anggota polis dirasai masyarakat dan mereka yakin keselamatan mereka sentiasa terpelihara,” tambahnya.

Majlis turut dihadiri sembilan pegawai kanan, 73 anggota serta pegawai awam IPD Saratok.

Dalam perhimpunan tersebut, sijil penghargaan disampaikan kepada pegawai kanan, pegawai rendah polis dan pegawai awam yang menunjukkan kecemerlangan dalam tugas.

PERHIMPUNAN Bulanan November 2025 IPD Saratok yang berlangsung di Padang Kawad, IPD Saratok, hari ini. Foto IPD Saratok

Sijil penghargaan turut diberikan kepada ahli jawatankuasa Anggota Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Saratok dan pegawai awam atas sumbangan mereka kepada jabatan.

Turut diadakan, penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada waris anggota yang pernah menunjukkan khidmat cemerlang sepanjang berkhidmat dalam PDRM.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penutup longkang rosak di kaki lima undang bahaya kepada orang ramai
Next: APM Betong terima dua panggilan kecemasan pokok tumbang serentak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.