Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Mukah laksana latihan samun di lapangan terbang tingkat tindakan kecemasan
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Mukah laksana latihan samun di lapangan terbang tingkat tindakan kecemasan

Utusan Sarawak 3 days ago
RAKAM KENANGAN… DSP Muhamad Rizal Alias merakam kenangan bersama agensi yang terlibat dalam Latihan Aerodrom Ex-Samun di Lapangan Terbang Mukah. Foto IPD

MUKAH: Keselamatan orang awam di Lapangan Terbang Mukah terus diperkukuh apabila Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah bersama pelbagai agensi keselamatan melaksanakan simulasi kejadian samun di lapangan terbang itu semalam.

Latihan yang dinamakan Aerodrom Ex-Samun itu bermula 11.00 pagi, menampilkan senario lima lelaki menyamar sebagai kakitangan lapangan terbang dengan bersenjatakan pedang dan parang sebelum menyerang pengawal keselamatan untuk mendapatkan wang.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, pihak pengurusan lapangan terbang segera menghubungi talian hotline IPD Mukah dan pasukan polis berjaya tiba ke lokasi dalam tempoh kurang lapan minit.

SEKITAR pelaksanaan simulasi kejadian samun di Lapangan Terbang Mukah, semalam. Foto IPD

“Dalam simulasi ini, tiga suspek berjaya ditembak mati selepas cuba menggunakan senjata api yang dirampas daripada pengawal keselamatan, manakala dua lagi suspek berjaya ditahan untuk siasatan lanjut.

“Seorang pengawal keselamatan yang cedera turut dihantar ke Hospital Mukah untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata latihan yang mengambil masa kira-kira 20 minit itu penting sebagai persediaan rapi menghadapi sebarang kemungkinan jenayah sebenar demi keselamatan orang awam, kakitangan dan aset lapangan terbang.

LATIHAN dinamakan Aerodrom Ex-Samun itu bermula 11.00 pagi. Foto IPD

Latihan kecemasan itu melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Bantuan Lapangan Terbang Mukah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM), RELA, Kementerian Kesihatan (KKM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MASwings dan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS).

Turut hadir menyaksikan latihan itu ialah Pengurus Lapangan Terbang Mukah, Mohd Naufal Rano Gelong, dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mukah, Nicholas Belulin.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi SAR hari kedua, Tumbu Landa masih belum ditemukan
Next: Hampir sebulan hilang, warga emas mangsa bot karam masih belum ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.