Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • IPD Meradong terus pergiat Ops Tapis, seorang lelaki ditahan positif dadah
  • JENAYAH

IPD Meradong terus pergiat Ops Tapis, seorang lelaki ditahan positif dadah

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENAGIH dadah yang ditahan oleh pihak polis pada tengah hari semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun diberkas polis dalam Ops Tapis selepas disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah di Daerah Meradong, semalam. 

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata suspek ditahan kira-kira 12.00 tengah hari oleh sepasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong dan dibawa ke IPD Meradong untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan saringan ujian air kencing terhadap suspek di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong, didapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek tiada mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah atau dadah,”katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Saya menyeru supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong.

“Maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: ​31 warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu Imigresen di Kuching dan Sebuyau
Next: Lelaki 54 tahun ditahan atas tuduhan mencuri di kedai runcit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.