Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • IPD Meradong tahan wanita disyaki terlibat loteri awam tanpa lesen
  • JENAYAH

IPD Meradong tahan wanita disyaki terlibat loteri awam tanpa lesen

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUSPEK ditahan oleh pihak polis semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang wanita tempatan berumur lingkungan 30-an ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian haram selepas serbuan dilakukan di kedai runcit tidak bernombor di Jalan KJD di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata tangkapan dibuat oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong sekitar 4.35 petang.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek di dalam kedai tersebut telah menjumpai peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian.

“Antara barang kes yang dirampas dari suspek adalah satu unit telefon pintar, sekeping keratan kertas bercetak disyaki angka-angka nombor loteri awam tanpa lesen, sejumlah wang tunai dan satu bekas plastik berwarna oren tempat wang tunai dan keratan kertas bercetak angka-angka dijumpai.

“Barang-barang tersebut telah dirampas untuk dijadikan barang kes,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya suspek bersama barang kes telah dibawa ke Balai Polis Bintangor untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM100,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak polis khususnya IPD Meradong menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti perjudian dan menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat berkaitan dengan apa-apa aktiviti jenayah bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Khas Lampu HID/LED: 546 kenderaan diperiksa, lapan disita di Kuching
Next: PDRM Sibu perhebat Ops Cegah Jenayah, fokus lumba haram dan samseng jalanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.