Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Meradong pastikan persekitaran sekolah kekal selamat dan kondusif
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Meradong pastikan persekitaran sekolah kekal selamat dan kondusif

Utusan Sarawak 23 hours ago
DSP Tansli Mering. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong mempertingkatkan pemantauan keselamatan di semua sekolah termasuk sekolah berasrama di Daerah Meradong bagi memastikan persekitaran pembelajaran kekal selamat dan terkawal.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata lawatan pemantauan ke sekolah-sekolah di seluruh daerah telah dijalankan sejak Januari lalu oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

“Setiap sekolah di Daerah Meradong ditempatkan seorang atau dua orang pegawai atau anggota polis untuk menjadi PPS.

“Oleh kerana sejak akhir-akhir ini ada kes buli atau jenayah berlaku di sekolah, maka kita buat lawatan lebih kerap lagi,” katanya ketika dihubungi media, semalam.

Katanya, lawatan pemantauan dijalankan oleh pegawai atau anggota polis daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) menggunakan MPV pada sebelah siang dan malam bagi sekolah berasrama untuk memantau disiplin.

“Ia adalah bagi memantau disiplin dan pekara yang tidak diingini berlaku seperti buli dan lain-lain.

“Disamping itu, ia juga meningkatkan kehadiran serta keterlihatan (omni-presence) polis di setiap sekolah,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Inisiatif kebajikan Datoʼ Sri Huang Tiong Sii ringankan beban warga emas
Next: Anggota APM tangkap biawak dua kaki di Kampung Hilir Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.