Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Meradong laksana pemantauan keselamatan di sekolah dan rumah ibadat
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Meradong laksana pemantauan keselamatan di sekolah dan rumah ibadat

Utusan Sarawak 6 hours ago
LAWATAN PEMANTAUAN… Pihak polis menjalankan lawatan pemantauan ke sekolah dan rumah ibadat di sekitar Bintangor, semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Polis meningkatkan pemantauan keselamatan di sekolah dan rumah ibadat sekitar Bintangor bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara. Langkah ini dilaksanakan melalui lawatan pemantauan oleh Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata pemantauan tersebut bertujuan memastikan tahap keselamatan di kawasan tumpuan awam berada pada tahap optimum, di samping meningkatkan kehadiran pihak polis.

“Pemantauan ini dilaksanakan bagi memastikan sekolah dan rumah ibadat berada dalam keadaan selamat serta bebas daripada sebarang ancaman jenayah.

“Lawatan pemantauan ke sekolah dan rumah ibadat pada semalam dijalankan oleh dua anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) yang diketuai oleh Konstabel Faizal Shuib,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

LAWATAN pemantauan ke gereja dan masjid. Foto IPD Meradong

Katanya, pemantauan bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tong Hua, Bintangor pada 11.30 pagi, sebelum diteruskan ke tiga rumah ibadat iaitu Tua Pek Kong Ming Ang pada 11.50 pagi, Gereja Methodist Lai Ang pada 12.15 tengah hari dan Masjid Darul Taqwa pada 12.35 tengah hari.

“Pemantauan turut memberi tumpuan kepada aspek pencegahan jenayah termasuk memastikan kawasan sekolah bebas daripada kegiatan jenayah, kes buli serta aktiviti tidak bermoral.

“Selain itu, lawatan ini juga bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak polis dengan pengurusan sekolah dan rumah ibadat,” katanya.

Tambahnya, secara keseluruhan, lawatan dan pemantauan yang dijalankan berjalan lancar serta mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah dan rumah ibadat terlibat.

“Pihak polis akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba selamatkan lapan mangsa banjir di Kidurong
Next: BBP Sarikei pantau tebingan Sungai Nyelong, paras air kekal terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.