Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Matu laksana kempen cegah jenayah
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Matu laksana kempen cegah jenayah

Utusan Sarawak 5 months ago
SEKITAR pelaksanaan program High Profile Policing (HPP) Kempen Cegah Jenayah Komersil dan Pengedaran Pamplet di sekitar kawasan Pekan Kuala Matu dan Open Air Matu, semalam.

MATU: Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) IPD Matu telah melaksanakan program High Profile Policing (HPP) Kempen Cegah Jenayah Komersial dan Pengedaran Pamplet di sekitar kawasan Pekan Kuala Matu dan Open Air Matu, semalam.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi IPD Matu Daro, program bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam mengenai trend jenayah komersial.

“Ini khususnya jenayah siber, serta mendedahkan modus operandi seperti Macau scam, love/parcel scam, penipuan pinjaman tidak wujud, e-belian dan lain-lain.

“Selain itu, orang ramai turut diberikan pendedahan tentang cara-cara untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan tersebut,” kata kenyataan itu.

Program diketuai oleh Insp Timanshah BSJK IPD Matu Daro bersama tiga anggota Komersial dan dibantu oleh anggota Balai Polis Matu.

Dalam program tersebut, katanya, penerangan turut diberikan berkenaan fungsi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997, aplikasi Whoscall, serta promosi Kod QR untuk E-Book Jenayah Komersial.

“Kesedaran turut diberikan mengenai kesalahan seperti penggunaan ‘keldaian akaun’ yang sering berlaku di kalangan penduduk setempat,” ujarnya.

Selain itu, program ini turut mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti NSRC 997, aplikasi Whoscall, Portal Semak Mule / CCID Check, serta laman sosial Facebook @CyberAlertRMP dan @JSJKPDRM kepada orang awam.

“Tujuan utama adalah untuk membuka minda masyarakat serta memupuk kepercayaan orang ramai terhadap PDRM dalam usaha mencegah jenayah komersil.

“Dengan adanya kempen ini, diharapkan orang awam lebih peka dan bertanggungjawab dalam mencegah jenayah komersil, terutama penipuan atas talian yang semakin menjadi-jadi,” tambah kenyataan itu lagi.

Continue Reading

Previous: Geran khas RM57,100 kepada 17 penerima
Next: Pertandingan Menimang Bola Raga berlangsung 21 – 22 Disember ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.