
MARUDI: Seramai sembilan pegawai polis dan pegawai awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi menerima Sijil Penghargaan sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026 peringkat IPD Marudi.
Majlis berkenaan diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Cina Marudi hari ini.
Antara penerima sijil bagi kalangan pegawai polis ialah ASP Mohd Kamaruddin Jaafar (Cawangan KBPD), ASP Cliff Emang Ngau (Cawangan KCKD), ASP George Shua Apau Pana (KBSJD), Inspektor John Rimau (KBSJD), Inspektor Nixon Malang (PGRSN/Pegawai Pelesenan), SM Hilton Johny James Nyandang (Cawangan Khas), Sarjan Bunsu Andong (BSJ), Koperal Jeffery Ajang Baral (BSJ), PF Moyan Mitei (BSJK) dan Sarjan Alphonsus Susek (BKDNKA).

Selain itu, 11 pegawai Petronas SSGP Baram turut menerima sijil penghargaan, iaitu M Aidil Nizam Pathi, M Kamarulzaman Zaidi, Ismadya Harun, M Rafiee Bakar, Hamizah Mustafa, Henry Lanyau Wilfred Francis, SJN Weadan Sangi, KPL Ponch Ajak, KPL Julius Julin Linang, KPL Luface Neles Abdullah dan L/KPL Jeremy Apoi.
Turut menerima sijil penghargaan daripada kalangan orang awam ialah Petronas Marudi, Anil Chand (Benarat Lodge), Huong How Luk (Kontraktor) dan Jahara Kadir.
Majlis itu diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan dedikasi pegawai polis serta pihak berkepentingan dalam memastikan keselamatan dan kelancaran operasi di daerah berkenaan.
Oleh Jiku Juguong