Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • IPD Lubok Antu tahan lelaki disyaki terlibat sindiket penipuan dalam talian di Kota Samarahan
  • JENAYAH

IPD Lubok Antu tahan lelaki disyaki terlibat sindiket penipuan dalam talian di Kota Samarahan

Utusan Sarawak 8 hours ago
LELAKI berumur awal 30-an ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam satu kes penipuan dalam talian (phone scam) yang menyebabkan kerugian lebih RM4,000. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki berumur awal 30-an ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu selepas disyaki terbabit dalam satu kes penipuan dalam talian (phone scam) yang menyebabkan kerugian lebih RM4,000.

Tangkapan tersebut dilakukan oleh pasukan yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Lubok Antu, Inspektor Muhammad Asyraf Azmi, susulan laporan polis yang dibuat di Kota Samarahan melibatkan mangsa yang terpedaya dalam transaksi kewangan.

Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak sebagai keldai akaun, iaitu individu yang membenarkan akaunnya digunakan sindiket untuk menerima wang hasil penipuan. Taktik ini sering digunakan bagi mengaburi pihak berkuasa daripada mengesan dalang sebenar sindiket.

Polis menegaskan tindakan menyerahkan akaun bank atau maklumat perbankan kepada pihak tidak dikenali adalah sangat berbahaya kerana ia membuka ruang akaun tersebut disalahgunakan bagi aktiviti jenayah tanpa pengetahuan pemilik.

IPD Lubok Antu dalam kenyataannya menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dengan panggilan mencurigakan yang mendakwa daripada agensi kerajaan, institusi kewangan atau syarikat perkhidmatan.

Masyarakat juga diingatkan supaya segera membuat laporan polis sekiranya menerima panggilan meragukan atau diminta memberikan maklumat perbankan bagi mengelakkan menjadi mangsa sindiket penipuan yang semakin agresif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian lain yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan disyaki pengedar dadah ditahan di Sungai Benang, syabu dirampas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.