Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lubok Antu perkukuh hubungan komuniti, perkasakan kesedaran jenayah siber
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Lubok Antu perkukuh hubungan komuniti, perkasakan kesedaran jenayah siber

Utusan Sarawak 5 hours ago
PELAKSANAAN beberapa program pendekatan komuniti yang diadakan serentak melibatkan Balai Polis Engkilili, Balai Polis Lubok Antu serta AMANITA, semalam. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu terus komited memperkukuhkan hubungan strategik bersama masyarakat setempat menerusi pelaksanaan beberapa program pendekatan komuniti yang diadakan serentak melibatkan Balai Polis Engkilili, Balai Polis Lubok Antu serta AMANITA, semalam.

Menurut kenyataan media IPD Lubok Antu, program berterusan itu bertujuan merapatkan jurang komunikasi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang awam selain meningkatkan kesedaran terhadap isu keselamatan semasa.

Di Engkilili, Program ‘Talk To Us’ anjuran Balai Polis Engkilili telah berlangsung dari 8.30 pagi hingga 10.30 pagi di Lot 35, Pasar Engkilili. Program tersebut diketuai oleh Sarjan Steve Agam bersama anggota Balai Polis Engkilili.

Program berkenaan menjadi platform terbuka kepada masyarakat untuk menyuarakan sebarang isu dan permasalahan keselamatan di kawasan masing-masing secara terus kepada pihak polis.

Selain mendengar maklum balas penduduk, pihak polis turut memberi penerangan mengenai kewujudan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) serta talian hotline 997 sebagai saluran penting untuk tindakan segera terhadap kes penipuan kewangan.

Anggota terlibat juga mempromosikan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sebagai medium bagi orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan jenayah secara terus kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, di Pekan Lubok Antu, Program ‘sesi pertemuan dan beramah mesra’ anjuran AMANITA Daerah Lubok Antu serta Program ‘Talk To Us’ oleh Balai Polis Lubok Antu telah diadakan bermula pada 11.15 pagi.

Program sesi pertemuan dan beramah mesra AMANITA yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Lubok Antu, Sarjan Mejar Nur Erdina Marini @ Dorothy Bernard Betti, memberi fokus kepada golongan wanita dan suri rumah melalui penerangan mengenai peranan AMANITA, edaran risalah pencegahan jenayah serta maklumat berkaitan keganasan rumah tangga dan saluran bantuan yang disediakan.

Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap keselamatan keluarga serta berwaspada dengan taktik penipuan dalam talian yang semakin membimbangkan.

Dalam masa sama, Program ‘Talk To Us’ yang diketuai oleh Penolong Ketua Polis Balai Lubok Antu, Sarjan Lee Mui Lin, memperkasakan pendekatan ‘omnipresence’ melalui kehadiran anggota polis dalam komuniti serta menggalakkan orang awam berperanan sebagai ‘mata dan telinga’ dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah.

Kesemua program yang dilaksanakan memperlihatkan komitmen berterusan IPD Lubok Antu dalam memperkukuhkan kerjasama bersama komuniti setempat demi memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lelaki jatuh sungai di Lutong, operasi SAR dilancar
Next: Pemantauan keselamatan Jejambat Medan Jaya dipertingkat sempena musim perayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.