IPD Lubok Antu laksana Operasi Bersepadu Cegah Jenayah

Facebook
WhatsApp

LUBOK ANTU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu terus menekankan keselamatan awam dengan melaksanakan Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah di sini semalam. 

Menurut kenyataan rasmi IPD Lubok Antu, operasi yang berlangsung dari 2.30 petang hingga 6.00 petang ini meliputi kawasan Lubok Antu dan Engkilili.

Operasi ini melibatkan seorang pegawai dan 25 anggota polis yang bertugas untuk mencegah jenayah serta memastikan kesejahteraan penduduk setempat.

Operasi menumpukan kepada beberapa aspek penting termasuk pencegahan jenayah, penguatkuasaan undang-undang trafik, pemeriksaan individu mencurigakan, serta kenderaan yang berpotensi terlibat dalam kegiatan jenayah.

Sepanjang tempoh operasi, sebanyak 105 individu dan 88 kenderaan telah diperiksa secara teliti oleh pihak polis bagi memastikan tiada aktiviti haram berlaku di kawasan tersebut.

Beberapa saman juga telah dikeluarkan kepada individu yang didapati melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas, sekali gus menunjukkan keprihatinan pihak berkuasa terhadap keselamatan jalan raya.

IPD Lubok Antu menegaskan bahawa operasi seperti ini akan diteruskan secara berkala bagi memantau situasi keselamatan dan mengurangkan risiko jenayah di Daerah Lubok Antu.

Kesediaan pihak polis dalam melaksanakan operasi bersepadu ini adalah selaras dengan usaha untuk memastikan ketenteraman awam, keselamatan penduduk dan kesejahteraan masyarakat terus terjamin.

Oleh Adi Safarman

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam