Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lawas tekan kepentingan keselamatan, disiplin, kebersihan dalam tugas
  • WILAYAH

IPD Lawas tekan kepentingan keselamatan, disiplin, kebersihan dalam tugas

Utusan Sarawak 16 hours ago
SERAH…..DSP Liong (kiri) menyerahkan sijil penghargaan kepada salah anggota polis IPD Lawas pada perhimpunan bulanan Jun di Lawas. Foto: Adeng Edrus

LAWAS:  Warga polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas diingatkan untuk terus memberi keutamaan aspek keselamatan, disiplin kerja serta penjagaan kebersihan kawasan kerja dan perumahan.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan berkata ia penting dan perlu ditekankan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Menurutnya prestasi, komitmen dan dedikasi terbaik yang ditunjukkan sepanjang bulan Mei lepas sehingga kini perlu dikekalkan.

“Dalam berkhidmat, aspek keselamatan, disiplin kerja serta penjagaan kebersihan kawasan IPD dan perumahan perlu terus diberi keutamaan,” katanya perhimpunan bulanan Jun di IPD Lawas, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Lawas, Jurawati Bunsu.

Kata Liong, perhimpunan ini turut menjadi platform untuk memperbaharui ikrar kesetiaan dan komitmen kepada pasukan, bangsa dan negara.

Pada majlis itu beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada lapan orang ahli PERKEP yang terlibat dalam program Beyond Wave and Dance Rhythms: Celebrating Dragon Boat Racing, Line-Folk Dance and Food Festival 2025 baru-baru ini.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pokok tumbang halang Jalan Kampung Menuang, APM bertindak pantas
Next: Pembangunan tapak perkuburan Gereja SIB Kuala Setiam mula dilaksanakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.