
LAWAS: Majlis simbolik dan sesi pelepasan Pasukan Futsal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas ke Miri untuk Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya Sarawak 2025 telah diadakan di IPD Lawas pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan telah merasmikan majlis simbolik penyerahan jersi pemain bagi menandakan sesi pelepasan rasmi Pasukan Futsal IPD Lawas yang akan menyertai kejohanan tersebut.
Beliau turut menyampaikan kata-kata semangat serta menyerahkan jersi rasmi pasukan sebagai simbol sokongan dan keyakinan terhadap kemampuan barisan pemain.
Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya Polis Sarawak akan berlangsung pada 12 hingga 14 Ogos 2025.
IPD Miri menjadi tuan rumah bagi kejohanan kali ini.
Pasukan futsal IPD Lawas tampil dengan semangat juang yang tinggi dan komitmen yang padu bagi mengharumkan nama Daerah Lawas di pentas kontinjen Sarawak.
Oleh Adeng Edrus