Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lawas santuni warga pesara PDRM di Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

IPD Lawas santuni warga pesara PDRM di Lawas

Utusan Sarawak 4 hours ago
KONGSI MAKLUMAT… DSP Liong berkongsi maklumat terkini kepada Hamzah Tek berhubung program bantuan untuk pesara.

LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah melaksanakan Program Lawatan Menyantuni Pesara Polis di Kampung Banting, Lawas, petang semalam.

Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, bersama beberapa pegawai lain, termasuk Inspektor M R Farith Erwandy, SM Sahjinan Mokhtar, SJN Azmi Abdullah, SJN Catherine Supang Padan, SJN Mahani Tassim, SJN Jonathan Siping, serta Dygku Siti Fauziah Awangku Adenan.

SANTUNI PESARA… DSP Liong menyampaikan sumbangan kepada Sindan dalam program ziarah pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lawas.

Lawatan kali ini bertujuan menyantuni dua pesara, iaitu Encik Hamzah Tek, 76, bekas anggota yang bersara pada 2006 dengan penugasan terakhir di IPD Lawas, dan L/KPL 43786 Sindan Sidek, 81, bersara pada 1993 dengan penugasan terakhir di PGA Miri, Sarawak.

SANTUNI PESARA… DSP Liong menyampaikan sumbangan kepada Sindan dalam program ziarah pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lawas.

“Program ini bertujuan menyantuni pesara yang telah berkhidmat mempertahankan kedaulatan negara, selain mengeratkan hubungan silaturahim, bertanya khabar, serta menyampaikan maklumat mengenai bantuan dan kebajikan yang boleh diperoleh daripada kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Lawatan ini juga menjadi tanda penghargaan berterusan atas jasa dan pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat dalam pasukan, ” kata DSP Liong dalam satu kenyataan media hari ini.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tangki minyak bot mangsa hilang ditemui pasukan SAR Long Sangih
Next: Kestabilan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat harus diutamakan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.