Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lawas laksana ibadah korban sempena Aidiladha
  • Utara
  • WILAYAH

IPD Lawas laksana ibadah korban sempena Aidiladha

Utusan Sarawak 2 days ago
TERIMA KASIH…DSP Liong menyampaikan agihan daging kerbau kepada Inspektor Nizan pada program ibadah korban IPD Lawas.

LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha baru-baru ini, yang berlangsung di pekarangan Surau IPD Lawas.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, memaklumkan bahawa bagi tahun ini, surau IPD Lawas menerima sumbangan seekor kerbau untuk tujuan ibadah korban.

Sumbangan tersebut disalurkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, melalui Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari.

SEMANGAT KEKELUARGAAN… Pengerusi PERKEP Cawangan Lawas, Juruwati Bungsu, bersama ahli-ahli PERKEP turut menyumbang tenaga dalam menjayakan program ibadah korban anjuran IPD Lawas.


Aktiviti melapah daging korban dijalankan secara gotong-royong oleh anggota IPD Lawas dengan bantuan ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Lawas.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, yang turut hadir dalam program tersebut, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Amar Awang Tengah atas sumbangan serta pengiktirafan terhadap pengorbanan dan komitmen anggota polis di Lawas.


Program kali ini berjaya menghimpunkan seramai 72 warga IPD Lawas yang bersama-sama menunaikan solat sunat Aidiladha serta bergotong-royong dalam pengurusan dan pelaksanaan ibadah korban.

Menurutnya, sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan mencerminkan semangat ukhuwah serta penghayatan terhadap nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian, khususnya sebagai penjawat awam dan anggota masyarakat.

Beliau berkata demikian selepas selesai mengagihkan daging korban kepada anggota IPD Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pekukuh perpaduan, toleransi tinggi mudahkan kerajaan salur projek pembangunan
Next: JKKK Banting anjur ibadah korban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.